7:40 AM

“KERANG BAKAR BEREMPAH” edisi sempoi..

Salam…. Sahabat…

Ni ada satu lagi resepi budget untuk anda seorang diri, bersama kengkawan, jiran anda, menantu, ipar, besan, biras atau keluarga family anda…

Kali ini saya ketengahkan lagi bagaimana caranya anda atau “bibik” anda nak masak. Resepi ini sungguh mudah dan tak perlu ambil kursus untuk belajar masakan…



Resepi seterusnya kali ini ialah “Kerang Bakar Berempah” edisi sempoi..

Masa yang diperlukan..lebih kurang 20 minit..


Bahan-bahan nyer


  • Kerang yg sudah dibersihkan.. (Suka hati la nak banyak mana pun 1 kilo - 2 kilo ker..)






  • Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA. (Semestinyer...Nak cuba kalu.... boleh order...)
  • 2-3 Helai daun limau purut. (Takde pun takpe…tak payah susahkan diri nak cari..)
  • Limau Nipis atau Kasturi.
  • Pembalut Aluminium


    Cara-Cara Membuatnya.


    Bubuh kerang yang sudah dibersihkan tadi ke dalam balutan pembalut aluminium. ( Kalau terer..buatlah macam kotak sikit..)

    Bubuhlah daun limau purut kat atas kerang tadi..

Lepas itu campurkan Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA. (Memadai sekadar bubuh kat atas kerang sahaja…)


Bungkuslah semua bahan tersebut..(Balut “baikkk…” punyer..jangan kasi bocor…)


Bakar di atas ceper pun boleh…kuali pun boleh… Dengan api yang perlahan.


Agak-agak dah nak masak tu (Jangan lama sangat..nanti kering) …angkatlah bungkusan kerang tu..

Dah boleh bedal…Tak payah nak hias2 la… nanti buang jugak..asalkan kenyang sudah..

Nak mmppphh lagi,... perahkan limau kat atas kerang tersebut. Boleh lah hebah-hebahkan kat geng-geng…



Selamat Mencuba..Macam biasa…
Jangan Lupa Baca Doa Makan

1 comments:

zie cheras said...

Meleleh air liur tgk...dr korang semua beli kerang bakar kat kedai, dpt smangkuk kecik jeee..baik korang beli kerang sekilo br rm3, letak rempah segera 'Ana east food', rm3+rm4=rm7...buleh mkn sekenyang2nyeee..rempah ni sepeket buleh wat 3kg kerang..hmm..memang jimat!! Aku dah cuba...

 
Visit InfoServe for Blogger backgrounds.