7:40 AM

“KERANG BAKAR BEREMPAH” edisi sempoi..

Salam…. Sahabat…

Ni ada satu lagi resepi budget untuk anda seorang diri, bersama kengkawan, jiran anda, menantu, ipar, besan, biras atau keluarga family anda…

Kali ini saya ketengahkan lagi bagaimana caranya anda atau “bibik” anda nak masak. Resepi ini sungguh mudah dan tak perlu ambil kursus untuk belajar masakan…



Resepi seterusnya kali ini ialah “Kerang Bakar Berempah” edisi sempoi..

Masa yang diperlukan..lebih kurang 20 minit..


Bahan-bahan nyer


  • Kerang yg sudah dibersihkan.. (Suka hati la nak banyak mana pun 1 kilo - 2 kilo ker..)






  • Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA. (Semestinyer...Nak cuba kalu.... boleh order...)
  • 2-3 Helai daun limau purut. (Takde pun takpe…tak payah susahkan diri nak cari..)
  • Limau Nipis atau Kasturi.
  • Pembalut Aluminium


    Cara-Cara Membuatnya.


    Bubuh kerang yang sudah dibersihkan tadi ke dalam balutan pembalut aluminium. ( Kalau terer..buatlah macam kotak sikit..)

    Bubuhlah daun limau purut kat atas kerang tadi..

Lepas itu campurkan Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA. (Memadai sekadar bubuh kat atas kerang sahaja…)


Bungkuslah semua bahan tersebut..(Balut “baikkk…” punyer..jangan kasi bocor…)


Bakar di atas ceper pun boleh…kuali pun boleh… Dengan api yang perlahan.


Agak-agak dah nak masak tu (Jangan lama sangat..nanti kering) …angkatlah bungkusan kerang tu..

Dah boleh bedal…Tak payah nak hias2 la… nanti buang jugak..asalkan kenyang sudah..

Nak mmppphh lagi,... perahkan limau kat atas kerang tersebut. Boleh lah hebah-hebahkan kat geng-geng…



Selamat Mencuba..Macam biasa…
Jangan Lupa Baca Doa Makan

11:40 PM

“SEAFOOD PAPRIK SEGERA ” edisi Tukar Selera


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Arghhhhh… Balik-balik,..mee goreng basah, nasi goreng kampong telur mata, nasi ayam.. kuey teow goreng, mee sup, nasi putih sup tulang…aduh…

Cuba try test satu lagi resepi budget untuk anda seorang diri, bersama kengkawan, jiran anda, cikgu sekolah anak anda, anak tok bilal belakang rumah, menantu, ipar, besan, biras atau keluarga family anda…

Untuk resepi tukar selera kali ini, saya usulkan bagaimana caranya anda atau “bibik” anda nak masak resepi segera ni yang juga tak sampai 15 minit je…..dah boleh “belasah”…


Resepi seterusnya kali ini ialah “SEAFOOD PAPRIK SEGERA edisi tukar selera


Bahan-bahan nyer

  • ½ Kg Lala
  • 8 Ekor Udang. (Suka hati anda la nak berapa ekor pun.. .)
  • 5 Ekor Sotong dipotong sesuka hati..

  • Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA. (Semestinyer...) (Nak cuba kalu.... boleh order...)
  • Bunga Kobis (di potong)
  • Lobak Merah (di potong)
  • Tomato (Di potong)
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Hirisan bawang besar (Untuk hiasan jer..)


    Cara-Cara Membuatnya.
Panaskan kuali. Masukkan Lala, Sotong & Udang tu ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kering airnya..

Agak-agak bila dah kering air tu.. campurkan Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA.




Kemudian, ..masukkan daun limau purut terlebih dahulu..


Gaul kan sebati dan barulah masukkan sayur yang telah di potong tadi..(kecuali Tomato).

Gaul seketika dan kemudian, boleh lah dihidangkan..



Taburkan tomato dan juga hirisan bawang besar.. kemudian baca doa makan dan Boleh lah dibedal beramai-ramai ..

Boleh lah hebah-hebahkan kat geng-geng… Selamat Mencuba..
Macam biasa…,

Jangan Lupa Baca Doa Makan

Jika Berminat Untuk Order Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA,
Boleh Call : 019-9174500 (Azmi).
Harga cuma RM4.00 Sepeket ±250 gram.

7:51 AM

“Udang Galoh Masak Petai” Edisi Budget..


Salam…. Geng…

Kat sini saya nak turunkan cara macamana orang “keras tangan”, tak berapa reti nak masak atau sapa-sapa yang rasa nak tukar selera mencuba resepi segera ni yang tak sampai 15 minit je…..dah boleh “bedal”…


Resepi untuk kali ini ialah “Udang Galoh Masak Petai” Edisi Budget..

Saya try masak ni masa lepas balik kerja… Tak sampai 15 minit dah boleh makan.. Sempoi..

Bahan-bahan nyer


  • 5– 6 Ekor Udang Galah. (Suka hati ngkorang la nak berapa ekor pun.. .)

  • Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA. (Semestinyer...)
    (Nak cuba kalu.... boleh order...)
  • Sepapan Petai. (Kalau tak nak bubuh pun takpe.. atau nak bubuh kacang bendi pun boleh...)
  • Lobak Merah, Cili Besar, Daun Salad, Bawang Besar (Sebagai Hiasan saje… Takde pun tak pe..)
  • Limau Nipis atau Kasturi.
  • Semangkuk Nasi.
Cara-Cara Membuatnya.
Bakar udang galah tu kat dalam ceper sehingga kering air udang tu..,(tak payah bubuh minyak).

Lepas itu campurkan Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA (Sikit je..sesedap mata memandang)..

Agak-agak dah nak masak tu (Jangan lama sangat..nanti kering) ….taburkan petai kat atasnya..
Lepas tu angkatlah udang-udang yg malang tadi & letak kan dalam pinggan yang dah di hiaskan…(itupun kalau nak hias la…)
Bubuh atas nasi (macam gambar kat atas pun OK gak)..

Hiaslah mengikut kreativiti anda. Nak mmppphh lagi,... perahkan limau diatas udang tersebut. Boleh lah hebah-hebahkan kat kawan-kawan….

Selamat Mencuba..

Jangan Lupa Baca Doa Makan


Jika Berminat Untuk Order Rempah/ Pes Ikan Bakar Segera ANA,
Boleh Call : 019-9174500 (Azmi).
Harga cuma RM4.00 Sepeket ±250 gram.

 
Visit InfoServe for Blogger backgrounds.